Its begin from first step

Perjalanan yang jauh bermula pada langkah yang pertama

Seperti pada tajuknya. Kita sudah membayangkan setiap langkah dan bait bait kejayaan yang dikecapi, semua bermula pada langkah pertama. Betol kan?

Begitu juga dengan diri aku, ruangan ini adalah ruangan yang pertama buat diri ku untuk menceburi dalam bidang penulisan pula (ewah). Sebenarnya ruangan ini adalah ruangan buat diriku untuk berkongsi idea, pendapat dan pelbagai perkara yang dapat memberi manfaat dan kebaikan untuk pembaca semua. Mudah mudahan setiap pembacaan daripada perkongsian di laman ini dapat memberi perubahan dalam cara berfikir dan tindakan kita seharian dalam membentuk jati diri yang lebih utuh.

Doakan saya, dan doakan pada rakan rakan kita agar pada langkah yang pertama akan membuatkan mereka melangkah pada langkahyang seterusnya. Paling penting bila permulaan dimulakan, sudah pastinya kenalah menghabiskan dengan penuh kebanggaan sebagai seorang juara! Yang perlu dilihat adalah sejauh mana kita konsistant dengan setiap langkah yang kita lalui itu yang akan membuatkan anda sampai dipenghujung garisan yang anda inginkan.

Jangan mengalah beb!

Jangan rasa jemu. Jangan rasa mengalah. Jikalau terasa penat, berehat lah sementara, recharge balik energy. Then teruskan perjalanan. Semoga kita sentiasa sampai di destinasi yang kita ingin tuju. Jumpa di puncak kejayaan. Semoga konsistent. Yiihaaa!

Leave a comment